Sunday, 4 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Jazakallah ya Allah..

Syukur kerana aku masih punya nyawa sehingga hari ini untuk merasa keindahan ramadhan mu ya Allah. Terima kasih atas peluang yang Kau sudi berikan kepada aku hambaMu yang kerdil ini. Moga ada peluang untuk aku menikmati keindahan syawal bersama keluarga pula. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat sahabat-sahabat di group WhatsApp :  OM114 UiTM dihatiku. Untuk sahabat dan kenalan yang mengenali diri Jelin yang kerdil ini. Ampun dan maaf dipinta andai ada perkara yang mengguris hati dan perasaan kalian. 

Perkara yang perlu anda tahu tentang Jelin sempena tahun ini :

1. Tahun ni giliran beraya di kampung suami di Ipoh, Perak.
2. Baju raya tahun ni warna kuning dan biru.
3. Raya kedua mungkin kami ke Kedah.
4. Tahun ni kurang rasa nikmat raya sebab umur dan makin meningkat kot.
5. Tahun ni adalah kali pertama saya buat persiapan raya di hujung2 ramadhan.

Bagi semua sahabat moga Allah berkati Syawal kita tahun ini dan moga ada rezeki untuk kita nikmati keindahan ramadhan 1435H (2014).  Moga semakin bertambah amal ibadah dan semoga kita menjadi manusia yang reti untuk mensyukuri rezeki serta nikmat yang tidak terkata kurniaan Allah.

Salam Lebaran daripada kami sekeluarga.

Jelin