Semasa zaman sekolah kawan2 panggil saya Alin, semasa zaman Universiti saya dikenali sebagai Jelin si pembunuh senyap.. erkk!! yeker?? haish..!!! tak der maknanya... tipu jerr..saja cari publisiti... muehhheeee.. Lepas tu kerja di syarikat swasta, lepas dua tahun berhijrah ke bank pulak kawan2 panggil saya Anne. Tak lama kat sana dapat tawaran kerja dengan Pihak Berkuasa Tempatan dan kawan2 kat sini panggil Lin. Jadi untuk cik dan puan-puan yang berminat untuk bersahabat dengan saya di sini, saya selesa kalau anda membahasakan diri saya dengan panggilan JELIN jer.. sebab apa? Kerana saya selesa dan nama ni sangat bermakna buat saya sebab ini lah nama yang dipanggil oleh Arwah Tok saya dulu.
Seterusnya, buat masa ni merupakan Umi kepada dua orang puteri. Yang Sulung Nur Airis Naurah dan yang kedua Nur Aira Natrah. Isteri kepada Encik Aidil Adli. Saya berasal daripada Lembah Kelang dan sekarang menetap di Pinggiran Kota. Seorang surirumah yang bekerjaya dan sekarang masih lagi bekerja di Pihak Berkuasa Tempatan.
Saya sangat gemar memasak sebab hari-hari balik kerja mesti kena memasak sebab budak2 dan Walid budak tu mesti mau makan malam setiap hari. Cuma kalau masa malas menjelma, order sajaaa... =P
Pernah buat bisnes andaman . Banyak sangat saingin dan tak tersaing Jelin dengan kreativiti2 pak andam, jadi ambil keputusan bisnes tu diteruskan secara suam-suam kuku jerr.. Tapi for those yang berminat nak sewa secara D.I.Y pelamin. Sila contact person in-charge yang tertera di website tu ye.
Cukup setakat ini je mengenaiku.
Sekian.
Jelin





