Sunday, 4 August 2013

Blueberry Cheezy Marie

Sebenarnya, resepi-resepi yang ada ni semua resepi tertunggak.  Termasuklah resepi ini.. kah3 (gelak jahat). Resepi ini ditujukan khas untuk sahabatku Affadilah.  Sila cuba resepi yang tak seberapa ni ye Affa.  Resepi ni sebenarnya diolah daripada resepi asal Tiramisu Ala Fatin Liyana.

Selamat mencuba.



Bahan-bahan:

Biskut marie secukupnya
250 g cream cheese
250 g dairy whipped cream
2 cawan gula (sekiranya perlu)
Ready made Blueberry  Jam (sila beli di kedai bakeri)

** Nota Kaki
Sila rasa jem tersebut, sekiranya manis tak perlu tambah gula dalam bahan di atas, tetapi sekiranya macam kurang manis, boleh lah ditambah gula semasa memutar bahan di atas.

Cara:

Putar cream cheese, whipped cream dan gula sekiranya perlu.  Putar dari kelajuan rendah, naikkan sikit-sikit kelajuan tersebut.  Jangan over beat, cukup bila dah nampak hasil putaran naik.

Dalam container atau gelas wine dan sila susun seperti aturan dibawah:

1. susun selapis biskut marie
2. letak jem blueberry
3.tutup dengan adunan cheese

* sila ulang step di atas sehingga habis.

Jika telah siap, sila simpan dalam peti sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidang.  Bagi yang kreatif hias la kat atas tu dengan buah blueberry dan coklat ke.. atau apa2 sahaja yang boleh tambah menarik.  Jelin nak buat makan biasa2 ajer, so there's no creative presentations.. ngeh3..

Jelin