Apa itu COKLAT?

Coklat tulen hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 5% lemak sayuran. Manakala, coklat yang digunakan sebagai salutan untuk membuat biskut, konfeksyeneri atau produk coklat yang lain hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 12% likur koko.

Kebaikan Buah-buahan

Buah adalah salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik. Dibandingkan dengan suplemen, dan ubat-ubatan, buah jauh lebih baik kerana tiada sebarang kesan sampingan sekiranya diambil berlebihan.

Apa itu Ais Krim?

Pencuci mulut beku yang diperbuat daripada krim: pencuci mulut beku manis atau makanan ringan tradisional yang dibuat daripada krim dan kuning telur dan mempunyai pelbagai perisa

Strawberry

Buah-buahan manis kecil berwarna merah yang mengandungi banyak achenes menyerupai benih tumbuhan dengan buah merah yang boleh dimakan

Tahukah Anda?

Dengan hanya meletakkan beberapa kombinasi berries pada desert anda, ia mampu menjadikannya sebuah sajian bertaraf 5 bintang.

Sunday, 4 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Jazakallah ya Allah..

Syukur kerana aku masih punya nyawa sehingga hari ini untuk merasa keindahan ramadhan mu ya Allah. Terima kasih atas peluang yang Kau sudi berikan kepada aku hambaMu yang kerdil ini. Moga ada peluang untuk aku menikmati keindahan syawal bersama keluarga pula. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat sahabat-sahabat di group WhatsApp :  OM114 UiTM dihatiku. Untuk sahabat dan kenalan yang mengenali diri Jelin yang kerdil ini. Ampun dan maaf dipinta andai ada perkara yang mengguris hati dan perasaan kalian. 

Perkara yang perlu anda tahu tentang Jelin sempena tahun ini :

1. Tahun ni giliran beraya di kampung suami di Ipoh, Perak.
2. Baju raya tahun ni warna kuning dan biru.
3. Raya kedua mungkin kami ke Kedah.
4. Tahun ni kurang rasa nikmat raya sebab umur dan makin meningkat kot.
5. Tahun ni adalah kali pertama saya buat persiapan raya di hujung2 ramadhan.

Bagi semua sahabat moga Allah berkati Syawal kita tahun ini dan moga ada rezeki untuk kita nikmati keindahan ramadhan 1435H (2014).  Moga semakin bertambah amal ibadah dan semoga kita menjadi manusia yang reti untuk mensyukuri rezeki serta nikmat yang tidak terkata kurniaan Allah.

Salam Lebaran daripada kami sekeluarga.

Jelin


Blueberry Cheezy Marie

Sebenarnya, resepi-resepi yang ada ni semua resepi tertunggak.  Termasuklah resepi ini.. kah3 (gelak jahat). Resepi ini ditujukan khas untuk sahabatku Affadilah.  Sila cuba resepi yang tak seberapa ni ye Affa.  Resepi ni sebenarnya diolah daripada resepi asal Tiramisu Ala Fatin Liyana.

Selamat mencuba.



Bahan-bahan:

Biskut marie secukupnya
250 g cream cheese
250 g dairy whipped cream
2 cawan gula (sekiranya perlu)
Ready made Blueberry  Jam (sila beli di kedai bakeri)

** Nota Kaki
Sila rasa jem tersebut, sekiranya manis tak perlu tambah gula dalam bahan di atas, tetapi sekiranya macam kurang manis, boleh lah ditambah gula semasa memutar bahan di atas.

Cara:

Putar cream cheese, whipped cream dan gula sekiranya perlu.  Putar dari kelajuan rendah, naikkan sikit-sikit kelajuan tersebut.  Jangan over beat, cukup bila dah nampak hasil putaran naik.

Dalam container atau gelas wine dan sila susun seperti aturan dibawah:

1. susun selapis biskut marie
2. letak jem blueberry
3.tutup dengan adunan cheese

* sila ulang step di atas sehingga habis.

Jika telah siap, sila simpan dalam peti sejuk semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dihidang.  Bagi yang kreatif hias la kat atas tu dengan buah blueberry dan coklat ke.. atau apa2 sahaja yang boleh tambah menarik.  Jelin nak buat makan biasa2 ajer, so there's no creative presentations.. ngeh3..

Jelin